
Bengkel Kecemerlangan Kakitangan
Pada 21 Januari 2025 , Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, UKM telah mengadakan Bengkel Kecemerlangan Kakitangan di Hotel Majestic Kuala Lumpur dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Ketua Jabatan, PM Dr. Emelia Osman dan diikuti dengan ucapan daripada Mantan Ketua Jabatan, Dr. Syamsa Rizal Abdullah dan disertai dengan sesi penyerahan tugas antara Mantan Ketua Jabatan kepada Ketua Jabatan Baru.
Jabatan turut mengadakan sesi penyampaian anugerah kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun lalu, diikuti dengan aktiviti team building yang menyeronokkan. Program diakhiri dengan makan tengahari yang menyelerakan di hotel tersebut.

