EDUVISIT - Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan menerima kunjungan 73 pelajar Program Sarjana Muda Sains Bioperubatan dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada 27 November 2024 bagi menjayakan EduVisit Parasitologi & Entomologi Perubatan. Program berlangsung selama hampir 4 jam yang merangkumi lawatan berpandu interaktif ke makmal, pameran spesimen parasit protozoa dan cacing (helmin) secara mikroskopik serta pameran model serangga berkepentingan perubatan. Diharap program ini dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman berharga sebagai nilai tambah kepada pembelajaran parasitologi dan entomologi para pelajar di UniKL.
Terima kasih Dr. Nisha Mehru selaku Penyelaras Program serta pihak UniKL kerana memilih kami untuk berkongsi kepakaran bersama para pelajar. Setinggi penghargaan kepada staf Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan yang bertungkus-lumus menjayakan EduVisit ini.