Hari Penyakit Tropika Terabai Sedunia (World NTD Day)
Oleh: Nur Athirah Ahmad Fahmi
Penyakit-penyakit tropikal terabai (Neglected Tropical Diseases, NTD) ialah kumpulan 20 jangkitan tropika yang disebabkan oleh pelbagai patogen termasuk virus, bakteria, parasit, kulat dan toksin.
Hari Penyakit Tropika Terabai Sedunia (World NTD Day) yang disambut pada 30 Januari setiap tahun ini berfungsi sebagai pemangkin untuk memberi kesedaran kepada penyakit yang memberi kesan kepada golongan termiskin dan paling terdedah, yang menyebabkan penderitaan, ketidakupayaan, dan kematian.
Penyakit tropika yang kerap dilaporkan di Malaysia adalah Penyakit Denggi, Chikungunya, Kusta (Leprosy) dan Penyakit Anjing gila (Rabies). Walaubagaimana pun, terdapat juga penyakit bawaan parasit yang boleh ditemui di Malaysia seperti Cacing Tularan Tanah, dan Jangkitan Cacing Pita (Taeniasis). Kudis Buta (Scabies) dan gigitan ular berbisa juga tidak asing kedengaran di negara ini.
Ia memerlukan komitmen komuniti global untuk menamatkan penyakit tropika terabai. Bersama-sama kita memainkan tanggungjawab dan memberi komitmen dalam membanteras Penyakit Tropika Terabai ini.