KUNJUNGAN DELEGASI

Jabatan menerima kunjungan daripada delegasi DSH Institute of Technology yang diketuai oleh Tuan Ts. Muhammad Redwan Jaffar pada 21 September 2023. Kunjungan adalah bertujuan untuk meneroka peluang-peluang kerjasama terutama daripada aspek pengajaran dan perkhidmatan. Semoga kunjungan ini dapat disusulkan dengan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.