Latihan Industri Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan

Jabatan berbesar hati menerima 3 orang pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah yang akan menjalankan latihan industri di jabatan selama 14 minggu bermula pada 29 Mac sehingga 9 Julai 2021.

Pelajar tersebut ialah Nur Adlina Aqilah Binti Mohamat Suimi, Mohammad Muaz Bin Bavunni dan Muhammad Fadli Bin Mazlan. Para pelajar telah melaporkan diri pada 29 Mac 2021 jam 8 pagi di Pejabat Jabatan sebelum dibawa ke Bilik Mesyuarat Jabatan untuk diberi taklimat.

Ketua Jabatan, Dr. Syamsa Rizal Abdullah menzahirkan rasa berbesar hati dengan kehadiran para pelajar ini ke Jabatan dan beliau turut memperkenalkan jabatan secara ringkas. Taklimat seterusnya, disampaikan oleh Dr. Wathiqah Wahid selaku penyelaras Lantihan Industri berkenaan program sangkutan yang dijalankan ini.

Taklimat diteruskan lagi dengan taklimat keselamatan oleh Pegawai Insiden, Cik Nur Athirah Ahmad Fahmi berkaitan keselamatan di makmal serta tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan. Selain itu, beliau turut memberi taklimat berkaitan Pencegahan Penularan Covid-19. Seterusnya, para pelajar dibawa melawat ke makmal-makmal jabatan.

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan tempoh latihan industri ini dengan menimba ilmu dan memperoleh pengalaman baru daripada ahli jabatan.