Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, UKM berbesar hati menerima kunjungan para pelajar tahun 6, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2) bersama guru pengiring ke Galeri Parasitologi & Entomologi Perubatan pada 9 Januari 2025.
Lawatan tersebut merupakan salah satu aktiviti daripada "Program Lawatan Ilmiah" anjuran Jabatan Mikrobilogi & Immunologi Perubatan, Fakulti Perubatan UKM.
Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada aktiviti yang di jalankan dan kami mendoakan kejayaan buat para pelajar semua!