Lawatan Kerja Ke Muzium UKM, Bangi

Seramai 6 orang kakitangan Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan telah berpeluang untuk melaksanakan lawatan kerja ke Muzium Warisan yang bertempat di UKM Bangi pada 22 Mac 2021. Lawatan ini disertai oleh Ketua Jabatan, Dr. Syamsa Rizal Abdullah, Pegawai Penyelidik Puan Siti Nor Azreen, 3 orang PPSP dan 1 Pembantu Operasi. Turut mengiringi lawatan ini adalah En Mohd. Yazid b. Mohd. Abzal Khan, Kurator Kanan Muzium Warisan Akademik.

Lawatan kerja ini dimulai dengan melawat Galeri Sejarah Alam di Fakulti Sains dan Teknologi. En. Yazid memberi penerangan tentang cara dan langkah terbaik untuk mengawet spesimen serta memberi pandangan beliau mengenai cara terbaik untuk mempamerkan spesimen di dalam galeri. Beliau juga turut menerangkan beberapa kaedah yang digunakan di Malaysia dan luar negara dmengenai teknik pameran diĀ  muzium.

Seterusnya, ahli jabatan dibawa melawat ke Galeri Tuanku Canselor di Bangunan Canselori. Ahli jabatan dibawa melawat ke dalam sejarah penubuhan UKM sebelum bergerak ke bilik mesyuarat untuk sesi perbincangan dan perkongsian bersama Encik Yazid dan kakitangan beliau yang lain. Banyak perkongsian yang dikongsikan oleh beliau sepanjang sesi perkongsian ini. Antara perkongsian beliau adalah mengenai muzium yang terdapat di UKM kampus Bangi dan luar kampus Bangi. Selain itu, beliau turut mengulas serta memberi pandangan berkaitan galeri yang ingin ditubuhkan oleh jabatan. Sesi lawatan kerja ini kemudiannya diakhiri dengan melawat ke Muzium Warisan Akademik di Bangunan Canselori.

Diharap dengan sesi lawatan kerja ini dapat mengekalkan kerjasama antara Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan dengan Muzium Warisan UKM.