SELAMAT DATANG - Delegasi MKAK

Jabatan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada delegasi Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) yang sudi membuat lawatan kolaborasi sambil meninjau fasiliti di Fakulti Perubatan UKM untuk tujuan kerjasama strategik pada masa akan datang. Delegasi MKAK diketuai oleh YBhg. Dr. Nik Jasmin Nik Mahir selaku Pengarah dengan diiringi oleh 13 pegawai daripada pelbagai seksyen dan bidang.

Semoga segala perkara yang dirancang akan dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.