SEMINAR - Blastocystis: A Waterborne Zoonosis
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Lee Ii Lee daripada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAMS) Kedah yang sudi berkunjung ke Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan UKM pada 7 Mac 2024. Beliau menyampaikan seminar penyelidikan bertajuk 'Blastocystis: A Waterborne Zoonosis' serta turut berkongsi pengalaman beliau dalam bidang penyelidikan parasitologi di Malaysia dan di luar negara. Terima kasih juga kepada Dr. Vinoth Kumarasamy yang menyelaraskan kunjungan dan sesi perkongsian ini.
Semoga kunjungan ini menjadi titik tolak kepada hubungan kerjasama yang lebih baik di antara kedua-dua institusi pada masa akan datang.