TAHNIAH – Anugerah Cemerlang (Inovasi)

Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Ketua Jabatan, Dr. Syamsa Rizal Abdullah yang memperoleh Sijil Penghargaan Anugerah Kecemerlangan (Inovasi) Bidang Sains & Teknologi sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA UKM (Prestasi 2019) anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM).
Anugerah ini merupakan anugerah yang julung kali diadakan oleh CRIM, UKM. Diharap dengan kejayaan beliau dapat menyuntik semangat kepada ahli jabatan yang lain untuk terus maju dalam bidang penyelidikan.