TAHNIAH - Certified Malaria Microscopist Level 1
Jabatan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Nuraffini Ghazali (Juruteknologi Makmal Perubatan U32) yang menerima pengiktirafan World Health Organization selaku Certified Malaria Microscopist Level 1 menerusi External Competence Assessment of Malaria Microscopists yang dijalankan pada 13 hingga 17 Mei 2024.
Semoga pengiktirafan dan kepakaran Puan Nuraffini akan dapat dimanfaatkan dalam bidang perubatan khususnya dalam aspek penyelidikan malaria. Tahniah sekali lagi.