Hari Matematik yang dianjurkan buat kali kelima oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, FKAB, UKM dan kali kedua bekerjasama dengan PEMATRA bertujuan untuk memupuk minat pelajar kejuruteraan untuk menghayati kursus matematik dan kursus kejuruteraan di samping menerapkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan matematik pelajar dalam kursus kejuruteraan dan applikasinya dalam masalah dunia sebenar (real world problem). Sebelum tahun 2020, iaitu sebelum dunia dilanda pandemik Covid-19, program ini diadakan secara bersemuka yang mana pelajar-pelajar membentangkan poster kajian mereka yang mengandungi elemen matematik dalam aplikasi kejuruteraan. Sejak tahun 2021, ini adalah kali kedua Hari Matematik dijalankan seiring dengan Pertandingan Rekacipta Inovasi Internasional dan Nasional 2022(PriIN2022). Terdapat perubahan dan pembaharuan dalam aktiviti Hari Matematik iaitu dengan mengadakan pertandingan video kreatif dan dipertandingkan secara maya. Tahun ini, sasaran pelajar IPT ialah dari tahun 1-4 dari dalam dan luar negara, yang mana pelajar boleh menerangkan aplikasi penggunaan Matematik/Statistik dalam bidang kejuruteraan dan applikasi Matematik/Statistik dalam masalah dunia sebenar (real world problem). Video-video ini akan dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook, Youtube, Tiktok, dan Instagram jabatan.
Butiran Program adalah seperti berikut:
Tarikh : 21-22 September 2022 (Rabu dan Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Atas talian
TEMA
E-Pembelajaran Aktif dalam Matematik Kejuruteraan.
INOVASI
Penghasilan video-video kreatif berilmiah berkaitan Matematik dan Statistik dalam Kejuruteraan dan masalah dunia sebenar.
KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan Video Kreatif iMathDay@PRiIN2022
Beautiful Mind (Peta Minda Digital dalam Matematik Kejuruteraan)
Pembelajaran Mesin
KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar IPT Tahun 1-4 dalam dan luar negara
YURAN PENYERTAAN
Pertandingan Video Kreatif iMathDay2022@PRiIN2022 (pelajar) = RM50.00
KRITERIA TEMA
Kriteria Tema Video Kreatif iMathDay@PRiIN2022
Video Kreatif: Beautiful Mind melibatkan amalan terbaik, idea dan proses yang kreatif dan berinovasi melibatkan pembangunan peta minda digital untuk bidang aplikasi ilmu matematik.
Inovasi dan kreativiti membangunkan peta minda digital untuk topik-tajuk berkaitan dengan aplikasi matematik dalam masalah dunia sebenar.
Memperkenalkan kepentingan dan amalan terbaik dalam pembelajaran mesin dalam Industri Revolusi 4.0 (IR 4.0)
KRITERIA PENILAIAN
Setiap penyertaan perlu menyediakan video kreatif pembentangan produk inovasi masing-masing dengan durasi tidak lebih dari 4 minit.
Jumlah maksimum peserta (jika berkumpulan) ialah 5 orang mengikut kategori yang dipilih.
Video penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 16 Ogos 2022 sebelum jam 5.00 petang.
Setiap video penyertaan hendaklah dimuat naik ke Google Drive dan emailkan pautan ke prinfkab@gmail.com
Dua orang panel akan menilai setiap penyertaan. Dan akan ada dua saringan.
Setiap penyertaan dan pemenang akan layak mendapat satu pingat dan satu e-sijil pemenang.