Kursus
Program Pengajian Asas Kejuruteraan menawarkan sebanyak enam kursus matematik kejuruteraan, iaitu Kalkulus Vektor, Aljabar Linear, Persamaan Kebezaan, Analisis Kompleks, Statistik Kejuruteraan dan Statistik & Pengiraan Berangka. Kursus matematik kejuruteraan yang wajib diambil oleh pelajar adalah mengikut keperluan yang ditentukan oleh setiap jabatan seperti berikut. Sila klik untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai setiap kursus matematik kejuruteraan yang ditawarkan.