Post Your Video
Peserta MESTI Baca Dengan Teliti Sebelum Hantar Video!
- Setiap penyertaan perlu menyediakan video pembentangan produk inovasi masing-masing.
- Video pembentangan boleh menggunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
- Durasi video tidak melebihi 3 minit, tidak termasuk skrin tajuk (title screen) (lihat no. 4).
- Video wajib bermula dengan skrin tajuk berdurasi 5 saat yang merangkumi maklumat berikut:
- Nama institusi peserta,
- Nama setiap ahli kumpulan, dan
- Tajuk inovasi.
- Mana-mana kandungan video seperti petikan berita, imej, rajah, klip video dan sebagainya yang bukan milik peserta sepenuhnya WAJIB disertakan sumber asalnya. Sekiranya peserta tidak berbuat demikian penyertaan anda akan dibatalkan. PriIN2022 tidak menyokong sebarang bentuk plagiat!
- Dengan menghantar video pembentangan, peserta bersetuju membenarkan pihak PriIN2022 untuk menghasilkan semula, mencetak, mengedar, memaparkan, atau menyunting sebahagian atau keseluruhan kandungan video untuk tujuan pengiklanan, publisiti, dan promosi di laman web PriIN2022, hebahan di persidangan, atau di mana-mana acara yang sesuai.
- Video pembentangan akan dinilai berdasarkan Rubrik Penjurian PRiIN2022.
- Satu sesi soal jawab bersama dua orang panel akan diadakan melalui platform atas talian pada 21 dan 22 September 2022.
- Setiap penyertaan akan layak mendapat satu pingat dan satu e-sijil pemenang TETAPI hanya satu pemenang utama bagi setiap kategori.
- Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan dan panggilan tidak akan diterima.