Pertandingan Poster Digital
Tugasan penghasilan poster digital ini adalah tugasan yang menyumbang kepada penilaian pelajar secara berkumpulan sebanyak 5% daripada keseluruhan penilaian untuk kursus Statistik Kejuruteraan (KKKQ2023). Tujuan tugasan ini adalah untuk:
- Meningkatkan minat dan penglibatan pelajar kejuruteraan dalam kursus KKKQ2023 menerusi penyediaan bahan (sokongan) pembelajaran digital menggunakan aplikasi komputer, dan
- Melatih pelajar bekerja dalam pasukan.
Syarat-Syarat Penyertaan
-
Penyertaan adalah secara berkumpulan mengikut kumpulan tugasan CL.
-
Pelajar bebas menggunakan mana-mana aplikasi komputer (berbayar atau percuma) untuk menghasilkan poster yang memenuhi syarat-syarat berikut:
- bersaiz A4,
- berorientasi landskap atau potret, dan
- perlu disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.
-
Kandungan poster mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat daripada internet atau sumber-sumber lain.
-
Penghasilan poster boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan mestilah berdasarkan tema:
- Pembelajaran Mesin untuk (Masyarakat) Umum: Fokus kepada maklumat dan penerangan yang jelas yang menyumbang kepada pengetahuan masyarakat umum tentang pembelajaran mesin. Fikirkan bagaimana poster yang dihasilkan memudahkan orang awam kenal apa itu pembelajaran mesin.
- Aplikasi Pembelajaran Mesin dalam Bidang Kejuruteraan: Fokus kepada contoh-contoh aplikasi pembelajaran mesin dalam bidang kejuruteraan.
- Perkembangan Pembelajaran Mesin: Fokus kepada perkembangan satu atau beberapa kaedah dalam pembelajaran mesin. Sebagai contoh, poster yang menerangkan konsep dan perkembangan kaedah k-jiran terhampir (k-nearest
neighbour).
- Gunakan portal Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat terjemahan dengan betul, jika perlu (https://prpm.dbp.gov.my/).l
Kriteria Penilaian
Penilaian adalah berdasarkan:
- persembahan dan reka bentuk (40%)
- ketetapan tema tugasan (60%)