Department of Engineering Education

 Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

Pertandingan Rekacipta Inovasi Internasional dan Nasional (PRiIN2022) merupakan program inovasi dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh pelajar dan ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, serta guru di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing. Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan, di mana para peserta akan mempamerkan produk dan hasil kajian mereka, dan dinilai oleh pakar dari industri. Berikutan negara masih berdepan dengan Covid-19, pertandingan ini akan dijalankan sepenuhnya secara atas talian.

Butiran Program adalah seperti berikut:

Tarikh : 21-22 September 2022 (Rabu dan Khamis) 

Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang

Tempat : Atas talian   

Tarikh pendaftaran

26 Jun 2022

Tarikh tutup penyertaan dan pembayaran yuran

02 September 2022

Tarikh penghantaran video pembentangan

10 September 2022

Tarikh penilaian secara bersemuka atas talian

21 September 2022

Tarikh pengumuman keputusan pertandingan

22 September 2022

Yuran Penyertaan:

Registration Fee:

  • Guru/Pensyarah(Teacher/Lecturer):     RM250 / USD60
  • Pelajar (KV/IPTA/IPTS/ILK)Student (KV/IPTA/IPTS/ILK) :RM200 / USD50
  • Pelajar (Sekolah Menengah)Student (Secondary School) : RM100 / USD25
  • Pelajar (Sekolah Rendah) Student (Primary School):      RM50 / USD15
  • SYARAT PENYERTAAN

Syarat-syarat menyertai pertandingan ini adalah seperti berikut:

  1. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian dan kolej vokasional, guru dan pensyarah (politeknik, maktab perguruan, IPTA, IPTS dan mana-mana institusi Pendidikan, pelajar sekolah rendah dan menengah).
  2. Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu: kategori pelajar pengajian tinggi, kategori guru dan kategori pensyarah
  3. Bagi penyertaan kategori pelajar pengajian tinggi, jumlah peserta maksimum bagi setiap kumpulan ialah 4 orang pelajar dan seorang guru/pensyarah.
  4. Bagi penyertaan kategori guru/pensyarah, jumlah peserta maksimum bagi setiap kumpulan ialah 5 orang.
  5. Inovasi yang dihasilkan mestilah berbentuk produk (fizikal, digital), tanpa produk (fizikal, digital) atau pendidikan.
  6. Setiap penyertaan perlu menyediakan video berdurasi maksimum 3 minit
  7. Para peserta digalakkan menyediakan bahan-bahan tambahan seperti brosur, gambar, sijil-sijil penghargaan atau lain-lain bahan bagi menyokong produk dan inovasi masing-masing – di sertakan di dalam video
  8. Setiap penyertaan akan dinilai oleh dua orang penilai profesional. 
  9. Keputusan panel penilai terhadap penilaian projek adalah muktamad.
  • KRITERIA TEMA

Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Produk Fizikal

  1. Produk fizikal merupakan sesuatu barangan fizikal yang dihasilkan oleh manusia, mesin, proses semulajadi yang boleh digunapakai (memberi manfaat).
  2. Inovasi ialah pengenalan sesuatu produk baru atau pembaharuan/ penambahbaikan produk sedia ada ke atas ciri-ciri penggunaannya.
  3. Contohnya, peralatan membantu golongan OKU dan lain-lain.

Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Produk Digital

  1. Produk digital melibatkan inovasi berteraskan dunia digital yang dibangunkan menggunakan perisian tertentu dan teknologi digital terkini. 
  2. Contohnya, MOOC, mobile learning, animasi 3D, permodelan pentadbiran berbentuk digital, augmented reality dan lain-lain.

Kriteria Rekacipta dan Inovasi Produk Fizikal Pengajaran dan Pembelajaran

  1. Produk fizikal merupakan sesuatu barangan fizikal yang dihasilkan oleh manusia, mesin, proses semulajadi bagi tujuan PdP.
  2. Contohnya, peralatan bantu mengajar.

Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi penyelidikan tanpa produk digital/fizikal.

  1. Inovasi yang melibatkan amalan terbaik, idea dan proses. 

Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Pendidikan

  1. Inovasi pendidikan melibatkan kaedah penyampaian PdP, penilaian PdP, proses PdP atau inovasi berkaitan PdP .
  2. Ianya boleh melibatkan pembangunan produk PdP fizikal dan bukan fizikal.

 

  • KRITERIA PENILAIAN
  1. Setiap penyertaan perlu menyediakan video pembentangan produk inovasi masing-masing dengan durasi tidak lebih dari 3 minit.
  2. Jumlah maksimum peserta (jika berkumpulan) ialah 5 orang mengikut kategori yang dipilih.
  3. Video penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 9 September 2022 sebelum jam 5.00 petang.
  4. Satu sesi soal jawab bersama dua orang panel akan diadakan melalui platform atas talian pada 21 dan 22 September 2022 (pagi).
  5. Dua orang panel akan menilai setiap penyertaan.
  6. Setiap penyertaan akan layak mendapat satu pingat  dan satu e-sijil pemenang.
  7. Hanya satu pemenang utama bagi setiap kategori

 

Berminat? Sila klik butang di bawah :

Salam Tuan/ Puan,

Terima kasih atas penyertaan dari pihak Tuan/Puan. Seperti dimaklumkan dalam hebahan poster, setiap kumpulan atau individu yang menyertai akan mendapat 1 medal sahaja. Sekiranya ada kumpulan yang memerlukan penambahan medal. Mohon isikan borang google form yang disediakan di bawah.

Mohon peserta dapat isi selewat-lewatnya 27 September 2022 untuk mengelakkan kelewatan penghantaran penambahan medal ini. Penambahan bagi 1 medal adalah RM70.

Terima kasih.