Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

 Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI NASIONAL 2021

Pertandingan Rekacipta Inovasi Nasional (PRIN2021) merupakan program inovasi dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kejuruteraan bertujuan untuk mengetengahkan inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh ahli akademik fakulti dan institusi pengajian tinggi, dan guru di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing.

Program ini dijalankan dalam bentuk pertandingan, di mana para peserta akan mempamerkan produk dan hasil kajian mereka, dan di nilai oleh pakar dari industri. Berikutan pandemik Covid-19, pertandingan ini akan di jalankan sepenuhnya secara dalam talian.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 7-9 September 2021 (Selasa-Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dalam talian (Zoom/Facebook/Instagram/Twitter/YouTube)

Penyertaan program ini terbuka kepada semua kolej vokasional, institusi pengajian tinggi, guru dan pensyarah institusi pendidikan di Malaysia.

Kategori & Yuran Pertandingan
Kolej Vokasional & Institusi Pengajian Tinggi Guru Pensyarah
  • Inovasi produk fizikal
  • Inovasi produk digital
  • Inovasi pendidikan
  • Inovasi produk fizikal Pengajaran dan Pembelajaran
  • Inovasi produk digital Pengajaran dan Pembelajaran
  • Inovasi pendidikan
  • Inovasi penyelidikan (tanpa produk fizikal/digital)
RM 200 RM 250 RM 250

Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian dan kolej vokasional, guru dan pensyarah (sekolah, politeknik, maktab perguruan, IPTA, IPTS dan mana-mana institusi pendidikan).
  2. Penyertaan pertandingan adalah secara individu dan kumpulan (maksimum 5 orang).
  3. Setiap penyertaan perlu menyediakan video pembentangan produk inovasi masing-masing dengan durasi tidak lebih dari 3 minit.
  4. Penghantaran VIDEO PENYERTAAN:
    1. Video penyertaan perlu di hantar selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2021 sebelum jam 5.00 pm.
    2. Video yang di pertandingan akan di gunakan bagi tujuan perkongsian kepada umum melalui media sosial oleh pihak penganjur dan Kredit akan diberi kepada pemilik karya.
  5. 1 sesi soal jawab bersama 2 orang panel akan di adakan melalui platform atas talian pada 7 dan 8 September 2021.
  6. 2 orang panel akan menilai setiap penyertaan.
  7. Setiap penyertaan akan layak mendapat 1 pingat dan 1 sijil pemenang.
  8. Hanya 1 pemenang utama bagi setiap kategori.
  9. Hadiah akan dipos ke alamat pemenang dalam tempoh 2 (DUA) bulan dari tarikh penutup PRIN2021.
  10. Keputusan panel penilai terhadap penilaian projek adalah muktamad.

Maklumat Pembayaran Yuran

Semua pembayaran hendaklah dibuat secara atas talian seperti berikut:

Nama penerima : Bendahari UKM
Nama Bank : CIMB BANK BERHAD
No. Akaun Bank : 8002234307
Rujukan Penerima (recipient references) : PRIN2021
E-mel Penerima : prinfkab@gmail.com

Rujukan penerima (recipient references): PRIN2021 wajib dinyatakan semasa membuat pembayaran secara atas talian.