Tema Pertandingan
Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Produk Fizikal
- Produk fizikal merupakan sesuatu barangan fizikal yang dihasilkan oleh manusia, mesin, proses semulajadi yang boleh digunapakai (memberi manfaat).
- Inovasi ialah pengenalan sesuatu produk baru atau pembaharuan/ penambahbaikan produk sedia ada ke atas ciri-ciri penggunaannya.
- Contohnya: peralatan bantu mengajar, peralatan membantu golongan OKU dan lain-lain.
Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Produk Digital
- Produk digital melibatkan inovasi berteraskan dunia digital yang dibangunkan menggunakan perisian tertentu dan teknologi digital terkini.
- Contohnya: MOOC, mobile learning, animasi 3D, permodelan pentadbiran berbentuk digital, augmented reality dan lain-lain.
Kriteria Rekacipta dan Inovasi Produk Fizikal Pengajaran dan Pembelajaran
- Produk fizikal merupakan sesuatu barangan fizikal yang dihasilkan oleh manusia, mesin, proses semulajadi bagi tujuan PnP.
- Contohnya: peralatan bantu mengajar.
Kriteria Rekacipta dan Inovasi Produk Digital Pengajaran dan Pembelajaran
- Produk digital melibatkan inovasi berteraskan dunia digital yang dibangunkan menggunakan perisian tertentu dan teknologi digital terkini bagi tujuan P&P.
Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi penyelidikan tanpa produk digital/fizikal.
- Inovasi yang melibatkan amalan terbaik, idea dan proses.
Kriteria Tema Rekacipta dan Inovasi Pendidikan
- Inovasi pendidikan melibatkan kaedah penyampaian P&P, penilaian P&P, proses P&P atau inovasi berkaitan P&P .
- Ianya boleh melibatkan pembangunan produk PnP fizikal dan bukan fizikal.