Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

 Jabatan Pendidikan Kejuruteraan

Statistik Kejuruteraan

Kursus ini memperkenalkan statistik sebagai satu kaedah untuk membantu menyelesaikan masalah berdasarkan pengumpulan data dan pensampelan. Tajuk-tajuk utama termasuklah kebarangkalian, teorem Bayes, pembentangan data rawak, pembolehubah rawak diskret dan selanjar; fungsi ketumpatan kebarangkalian, fungsi taburan longgok,min dan varians, anggaran titik dan selang, ujian keerertian dan hipotesis, ujian tak berparameter, regresi dan korelasi dan kawalan mutu.