Tahniah – Tempat Pertama Aktiviti Kemasyarakatan/Komuniti Fakulti Perubatan UKM

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kesihatan Masyarakat kerana telah terpilih sebagai pemenang tempat pertama Aktiviti Kemasyarakatan/Komuniti bagi tahun 2018. Anugerah ini telah diberikan oleh Fakulti Perubatan UKM melalui Sistem E-Jaringan 2018. Anugerah ini merupakan pengiktirafan Fakulti Perubatan terhadap sumbangan besar dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh kakitangan di Jabatan Kesihatan Masyarakat UKM. Diharap dengan adanya pengiktirafan ini akan mencetuskan semangat dan melonjakkan iltizam kepada warga UKM khususnya kakitangan jabatan untuk terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi.