Tahniah kepada Dr. Faiz Daud dan ahli pasukan kerana sekali lagi telah berjaya melakar nama dalam mempertandingkan produk-produk hasil inovasi UKM di IDE4 Teaching & Learning Exhibition (IDE4TE 2019)

Sekali lagi ucapan TAHNIAH kepada Dr. Faiz Daud dan ahli pasukan kerana sekali lagi telah berjaya melakar nama dalam mempertandingkan produk-produk hasil inovasi UKM di DE4 Teaching & Learning Exhibition (IDE4TE 2019) yang telah diadakan di MMU, Cyberjaya pada 01 Oktober 2019. Tahniah atas kejayaan membawa balik satu pingat emas dan satu pingat perak bagi dua produk yang telah dipertandingkan. Secara keseluruhan, sepanjang tahun 2019, penyelidikan di Innovation Hub telah merangkul 3 pingat emas, 7 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Semoga usaha, bakat dan kerjasama ahli pasukan yang telah ditonjolkan ini dapat menjadi contoh terbaik kepada semua & semoga terus bersemangat dalam mengorak langkah untuk terus berinovasi pada masa-masa akan datang.