Jabatan Perubatan Kesihatan Awam

 Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA), Fakulti Perubatan UKM

Penerbitan Buku

Pencegahan Penyakit Zoonosis: Pemilik Haiwan Kesayangan

Nazarudin Safian, Mazriazie Mohamed Isa & Mohd Rohaizat Hassan

Penyakit zoonosis merupakan penyakit pada manusia yang berpunca daripada haiwan. Peningkatan insiden penyakit zoonosis membimbangkan semua pihak kerana ia boleh berpunca daripada haiwan peliharaan seperti kucing, anjing serta rodens. Haiwan peliharaan lebih berpotensi membawa penyakit berbahaya kepada manusia. Penyakit berbahaya ini boleh dicegah sekiranya amalan pencegahan yang betul diamalkan oleh setiap pemilik haiwan peliharaan. Oleh yang demikian buku ini dihasilkan bagi memberi panduan kepada pemilik-pemilik binatang peliharaan dari segi pengetahuan dan amalan untuk menghindari penyakit zoonosis daripada haiwan kesayangan mereka.

>> Pembelian

Zat Iodin Tinggi Risikonya Kepada Kanak-Kanak

Zaleha Md Isa & Salina Md Taib

Penulisan buku ini mengupas tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian paras zat iodin tinggi dalam kalangan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak  ditemu bual oleh penyelidik dan pengumpulan sampel urin dilakukan untuk analisis paras iodin. Ibu/bapa/penjaga pula diminta untuk menjawab soal selidik isi sendiri berkaitan iodin dan hipertiroid. Pensampelan alam sekitar (air, tanah dan makanan) diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur untuk pengukuran iodin.  Kekerapan pengambilan makanan beriodin tinggi merupakan peramal kepada kejadian zat iodin tinggi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

>> Pembelian

Psoriasis Impak Kualiti Hidup dan Kewangan

Nor Azmaniza Azizam, Aniza Ismail, Norazirah Md Nor & Saperi Sulong

Psoriasis adalah penyakit kulit yang meraberi kesan kepada kualiti hidup dan beban ekonomi yang besar akibat daripada perbelanjaan yang tinggi untuk rawatan, proses pemantauan, farmaseutikal dan kehilangan produktiviti. Maklumat berkenaan kualiti hidup, keberkesanan kos dan beban ekonomi di rantau ini amatlah terhad. Rawatan untuk psoriasis merangkumi rawatan topikal fototerapi sistemik dan juga biologik. Kos keseluruhan rawatan psoriasis di Malaysia adalah lebih kurang RM 1.9 juta setahun dimana kos yang ditanggung oleh hospital dan pesakit menyumbang kepada masing-masing sebanyak 69.9 peratus dan 30.1 peratus daripada keseluruhan kos. Memahami hubungan antara kualiti hidup, kos dan keberkesanan adalah penting bagi pembuat dasar untuk membuat keputusan dalam menentukan pengagihan sumber dan pengurusan psoriasis di masa akan datang terutamanya bagi sistem penjagaan kesihatan yang disubsidi seperti Malaysia.

>> Pembelian

Skizofrenia dan Kesejahteraan Psikologi

Zamuna Mat Nor & Idayu Badilla Idris

Buku ini dihasilkan adalah bertujuan untuk memberi panduan dan perkongsian beberapa faktor sosiodemografi, tahap kesihatan, sokongan sosial dan penghargaan kendiri yang boleh mempengaruhi kesejahteraan psikologi dalam kalangan pesakit skizofrenia.

>> Pembelian

Penyakit Buah Pinggang Kronik: Interaksi Genetik dan Persekitaran

Norfazilah Ahmad, Nor Azian Abdul Murad & Rahman Jamal

Pelbagai usaha telah dijalankan secara menyeluruh untuk mengenal pasti faktor genetik dan persekitaran bagi penyakit buah pinggang kronik dalam kalangan pesakit diabetes. Walau bagaimanapun, terdapat jurang ilmu mengenai peranan interaksi antara genetik dan persekitaran dengan penyakit kronik ini. Faktor persekitaran adalah faktor utama yang meningkatkan risiko pesakit terhadap penyakit renal kronik, terutama bagi pesakit di dalam persekitaran berisiko tinggi. Faktor persekitaran berisiko tinggi yang dimaksudkan seperti peningkatan umur, jantina lelaki, status merokok, pesakit obes berdasarkan ukur lilit pinggang dan paras lemak dalam darah tidak terkawal. Ini menunjukkan fokus pencegahan dan perawatan terhadap penyakit renal kronik melalui modifikasi faktor persekitaran yang boleh diubah suai adalah bertepatan. Manakala, faktor genetik mempunyai kesan yang kecil terhadap penyakit buah pinggang kronik. Kesan faktor persekitaran yang besar dan faktor genetik yang kecil terhadap penyakit renal kronik dalam kalangan pesakit diabetes ini adalah contoh yang tepat bagi sesuatu penyakit kronik yang kompleks. Oleh itu, buku ini cuba mengupas secara terperinci berdasarkan fakta terbaru berkaitan interaksi antara genetik dan persekitaran untuk mencegah penyakit kronik ini.

>> Pembelian

Pemerkasaan Kesejahteraan Hidup Orang Asli di Malaysia

Abdul Ghafar Don, Aniza Ismail & Zulkefli Aini

Kesejahteraan hidup adalah elemen penting dalam menjamin kebahagiaan hidup manusia. Komuniti Asli yang dikategorikan sebagai kaum manoriti di negara ini adalah sebahagian daripada entiti masyarakat turut mendambakan kesejahteraan hidup. Buku ini yang bertajuk Pemerkasaan Kesejahteraan Hidup Orang Asli di Malaysia adalah kompilasi daripada kajian para ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia dalam pelbagai bidang iaitu kesihatan, agama, sosial, pendidikan dan ekonomi. Gabungan pelbagai kepakaran bidang dalam menghasilkan buku ini telah memberi ‘sinergi’ dan nilai tambah dalam kajian berkaitan masyarakat Orang Asli. Malah hasil kajian yang dibukukan mampu menjadi sumber rujukan penting kepada pembuat polisi dan pihak berkepentingan berkaitan dasar pembangunan Orang Asli, para pengkaji dan masyarakat umum. Buku ini dibahagikan kepada dua tema utama iaitu tema sosio-budaya dan kesihatan Masyarakat Orang Asli. Isu-isu yang dibincangkan seperti pengenalan masyarakat Orang Asli, pengukuran kesejahteraan hidup, pemerkasaan pendidikan anak-anak, faktor sosio budaya dan kesejahteraan ekonomi, aplikasi kemahiran komunikasi dakwah dan advokasi literasi dalam pembangunan komuniti peribumi, kualiti kesihatan, jangkitan parasit usus, penyakit malaria, tahap malpemakanan, pendedahan pestisid dan kesan ke atas anak-anak Orang Asli adalah termasuk kedalam kedua-dua tema ini. Selain menjadi rujukan kepada pihak berkepentingan dan pengkaji, buku ini diharap dapat menambah korpus ilmiah dalam kajian berkaitan komuniti Asli di negara ini.

>> Pembelian

Carta Alir Klinikal: Penjagaan Kesihatan dan Kawalan Kos Rawatan

Aniza Ismail, Saperi Sulong & Syed Mohamed Aljunid

Carta Alir Klinikal: Penjagaan Kesihatan dan Kawalan Kos Rawatan adalah buku yang pertama di Malaysia mengenai Carta Alir Klinikal (CK) yang ditulis dalam bahasa Melayu.   Buku ini memberi maklumat dan penerangan mengenai CK, iaitu merangkumi pengenalan CK, pembentukan, pelaksanaan dan faedah penggunaan CK. Buku ini memuatkan hasil kajian CK dengan mengambil contoh empat penyakit yang kerap berlaku, iaitu Infarksi Miokardium Elevasi segmen ST (ST Elevation Myocardial Infarction (STEMI), pembedahan cesarean secara elektif (Elective Lower Segment Cesarean Section (LSCS), gantian sendi lutut secara elektif (Elective Total Knee replacement (TKR) dan penyakit paru obstruktif Kronik (Chronic obstructive pulmonary disease (COPD adalah kajian CK yang pertama kali dijalankan di Malaysia dan Pusat Perubatan UKM telah dipilih sebagai lokasi kajian. Kajian perbandingan dengan menggunakan pendekatan keratan rentas telah dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan CK dalam meningkatkan kualiti rawatan dan kawalan kos yang lebih efektif dapat mengurangkan jangka masa pesakit berada di hospital dan penurunan kos rawatan tanpa menjejaskan kesihatan pesakit.

>> Pembelian

Remaja dan Dadah: Punca, Kesan dan Pencegahan

Rozmi Ismail, Norhayati Ibrahim & Azmawati Mohammed Nawi

Dadah merupakan musuh nombor satu negara. Masalah dadah bukan hanya dianggap sebagai masalah sosial, tetapi menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara. Justeru, isu yang bersifat global ini perlu ditangani sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang hidup bebas tanpa najis dadah. Oleh itu, amatlah perlu bagi semua individu, keluarga dan pihak berwajib bersatu hati dan memerangi masalah dadah secara holistik. Memandangkan buku berkaitan penyalahgunaan dadah masih kurang di pasaran, maka buku ini cuba mengupas sedikit sebanyak berkaitan isu dadah dan remaja dalam konteks Malaysia agar memberi ruang pembaca memahami fenomena ini dengan lebih jelas. Buku ini mengandungi 8 bab yang merangkumi aspek penting berkaitan dengan penggunaan dadah yang memberi pendedahan secara ringkas tentang prevalens, jenis dadah, cabaran, aspek kesihatan dan kesan. Tiga bab terawal membawa pembaca kepada isu berkaitan dadah, prevalens dan jenis-jenis dadah yang berada di pasaran. Seterusnya, buku ini juga meneroka faktor risiko dan pelindung kepada penyalahgunaan dadah. Kupasan berkaitan dengan perkembangan trajektori pengambilan dadah serta kesan dadah kepada fizikal, mental, social dan kewangan turut dibincangkan dalam buku ini. Akhir sekali, buku ini membawa pembaca kepada peranan sekolah, ibu bapa dalam membantu dalam pencegahan dadah. Buku ini dipersembahkan dalam Bahasa yang mudah lagi santai serta sarat dengan infomasi yang berguna tanpa mengetepikan fakta atau bukti terkini. Diharapkan, buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dan sesuai dijadikan sebagai rujukan oleh semua individu terutamanya remaja, keluarga, profesional kesihatan, sukarelawan, pendidik, penyelidik serta semua lapisan masyarakat yang ingin memahami mengenai isu dadah dengan lebih jelas.

>> Pembelian

Pengusiaan Berjaya: Penyumbang Kualiti Hidup Optimum

Khairul Rafizah Hairodin, Aniza Ismail & Hazlina Mohd Miskam

Trend peningkatan populasi warga emas global adalah sejajar dengan kemajuan penjagaan kesihatan negara. Kesejajaran ini membolehkan lebih ramai orang terus mengalami proses pengusiaan dan lanjutan tempoh jangka hayat hidup. Pengusiaan ini secara semulajadinya berkait rapat dengan perubahan normal fisiologi fizikal dan mental seseorang. Perubahan ini boleh menyebabkan risiko untuk mendapat penyakit serta komplikasi daripada proses pengusiaan itu sendiri. Risiko dan komplikasi-komplikasi ini dapat dielakkan sekiranya langkah proaktif diambil untuk mencapai pengusiaan berjaya. Oleh yang demikian, keupayaan seseorang mencapai tahap pengusiaan berjaya ini berupaya membolehkan untuk mendapat kualiti hidup yang lebih baik secara optimum sepertimana yang diidamkan oleh setiap manusia.

>> Pembelian

Ability and Willingness to Pay for Healthcare

Azimatun Noor Aizuddin, Syed Mohamed Aljunid & Saperi Sulong

Health is an intrinsic human right hence the relationship between healthcare and finance is a sensitive subject. However, as healthcare costs increase healthcare financing has been addressed because it is also a central input to poverty reduction and the socioeconomic development of a country. The main problem in many countries is containing the healthcare cost. As Malaysia’s health services cost is currently being borne by the government. Malaysia needs a national health financing scheme to contain the healthcare cost and ensure its sustainability. The purpose of this book is to give an idea and possible solution in assessing the ability and willingness to pay for health services among individuals and identify the individuals who are able and willing to share healthcare economic burden and what approaches in implementing the health financing scheme. There were few socio-demography, socio-economic, and health utilization factors that have a relationship with the ability to pay willingness to pay for health services and willingness to pay for National Health Financing Scheme. This information supports the policy maker’s plan for developing the National Health Financing Scheme for Malaysia in the near future.

>> Pembelian

Sistem Casemix untuk Hospital Pengajar

Roszita Ibrahim & Syed Mohamed Aljunid

Buku ini adalah buku Bahasa Melayu pertama di Malaysia membincangkan sistem casemix dan analisis data daripada salah satu disiplin utama dalam perkhidmatan kesihatan iaitu perubatan yang menyentuh tahap ketenatan pesakit bagi membangunkan pemberat perkhidmatan untuk mengalokasi sumber. Sistem casemix diperkenalkan di dalam buku ini bagi menjawab persoalan daripada penyelidik, kakitangan dan orang awam berkenaan sistem ini. Sistem casemix juga digunakan sebagai alat untuk meningkatkan tahap kualiti dan kecekapan perkhidmatan Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Pengkosan Berasaskan Aktiviti (PBA) telah digunakan untuk mengira anggaran kos untuk semua unit di jabatan-jabatan yang dibincangkan. Buku ini juga memberikan pendedahan dan idea kepada pihak pengurusan hospital untuk menganalisa anggaran kos di mana kupasan ringkas kos apa yang terlibat diberikan tumpuan. Buku ini membincangkan kepentingan pemberat perkhidmatan untuk ujian-ujian makmal diagnostik dan prosedur radiologi dalam sistem casemix. Dengan adanya sistem casemix dan kedah PBA, pihak pengurusan hospital dapat membuat agihan bajet tahunan serta dapat mengurangkan kadar pembaziran kerana semua aktiviti-aktiviti perkhidmatan dijalankan dapat dipantau dengan efisien. Para pembaca akan mengetahui dengan jelas kepentingan sistem casemix ini dalam sistem pengurusan hospital. Dengan adanya buku ini, dapatlah pihak pengurusan hospital mengambil langkah yang sesuai bagi mengurangkan penggunaan sumber yang tidak perlu pada perkhidmatan di dalam menguruskan pesakit.

>> Pembelian

Asbestos-Related Diseases and Related Health Effects in Malaysia

Syarifa Ezat Wan Puteh, Noriah Abdul Rahman & Izzah Syazwani Ahmad

Asbestos has a significant impact on the health of the community. Consumption use in developing countries sees an increasing or static trend while use is banned in many developed countries. Use excessively in construction and automotive industries, asbestos’s popularity is due to its fibrous nature, and heat resistance, it can be molded into many facets, and easily manipulated according to the consumers’ needs. Asbestos is still recently imported into the country. However long-term exposure, usually occupational-related exposure, carries health risks since the fibers could not be broken down in the body. In this book, the burden and possible health effects of asbestos are discussed. In addition, this book explored the contents of asbestos that can negatively affect an individual’s health and produce Asbestos Related Diseases (ARD) and materials that may be used to replace asbestos in the long run. The book also examines a few ASEAN countries to provide a clearer picture of the impact of ARD that may present as long-term disabilities to one’s health. The book looked at the cost of health effects of ARD management and the cost of consumption in the country.

>> Pembelian

Rokok Elektronik Keseronokan Terlarang Dalam Kalangan Remaja

Syarifa Ezat Wan Puteh

Rokok elektronik (peranti dengan jus telah dicampur nikotin) dan vape (peranti E-jus tanpa nikotin), merupakan peranti elektronik yang digunakan sebagai penghantar nikotin pada awal penciptaannya. Cecair yang digunakan Bersama peranti ini dikenali sebagai E-Jus. Kandungan E-jus terdiri daripada air, propylene glycol ataupun glycerine, perasa dan tidak ketinggalan, bahan terlarang, iaitu nikotin. Kini telah terdapat E-jus tanpa nikotin di pasaran. Dengan adanya pilihan tanpa nikotin ini, penggunaan rokok elektronik dilihat telah menjadi budaya ataupun trend yang sinonim dalam kalangan belia termasuk pelajar kolej, sekolah menengah dan pelajar universiti. Tujuan penggunaan rokok elektronik kini bukan lagi sebagai alternatif berhenti merokok. Malahan turut melibatkan individu yang tidak merokok, wanita dan juga kanak-kanak. Melihat pada isu dan keadaan semasa, penggunaan rokok elektronik boleh merisikokan kesihatan pengguna dan juga masyarakat. Oleh itu, penggunaannya harus dikawal selia dan dicegah supaya tidak timbul lagi isu-isu penyalahgunaan.

>> Pembelian

Pesakit Mental: Tahap Bebanan Jagaan

Roszita Ibrahim, Halim Ismail & Mohd Haffiz Mohd Rizal

Penyakit mental dilihat semakin membimbangkan dan kesan pertambahan tersebut dapat dilihat dengan ketara dari tahun ke tahun. Secara umumnya, tidak terdapat istilah yang rasmi atau definisi dapat ditakrifkan berkaitan dengan kesihatan mental. Hal ini kerana ketidaksamaan budaya, teori profesional serta yang subjektif telah merumuskan bagaimana kesihatan mental ditakrifkan. Dalam erti kata lain, kesihatan mental adalah akar kepada kesejahteraan manusia dan keupayaan masyarakat untuk berfungsi secara efisien. Penjaga merupakan antara tunjang utama dalam menguruskan pesakit ini khususnya dalam komuniti pada hari ini. Peranan penjaga kepada pesakit memberi kesan emosi dan seterusnya menyebabkan penjaga merasa terbeban dalam menguruskan keperluan mereka. Penggunaan Zarit Burden Interview (ZBI) untuk melihat tahap bebanan yang dipikul penjaga, Depression, Anxiety & Stress Questionnaire (DASS) untuk menilai aspek psikologikal penjaga serta melihat tahap pengetahuan penjaga pesakit ini. Kesimpulannya, tahap bebanan penjagaan yang dipikul penjaga mampu menjejaskan kesejahteraan hidup penjaga. Pelaksanaan intervensi terhadap masalah bebanan penjagaan yang dialami penjaga perlu diberikan penekanan agar isu berkenaan masalah penjagaan dapat diatasi.

>> Pembelian

Barah Darah Leukemia: Kasih Sayang Ibu Bapa

Faiz Daud & Natrah Abd Rani

Penjagaan pesakit kanak-kanak leukemia memerlukan pemerhatian dan tumpuan yang tinggi untuk memastikan rawatan yang disarankan oleh Pakar Perubatan dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kefungsian sosial, meningkatkan stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa. Penjaga kepada pesakit leukemia kanak kanak mengalami stres tinggi iaitu pada 11.1% kebimbangan tinggi pada 9.3% manakala kemurungan tinggi adalah 3.7%. Faktor yang mempengaruhi stres dan kemurungan dalam kalangan penjaga juga berbeza antara ibu dan bapa. Faktor sosiodemografi dan hubungan antara penjaga dengan ahli keluarga juga mempengaruhi stres dan kemurungan. Oleh demikian, strategi menghadapi situasi rawatan pesakit barah darah leukemia amat diperlukan untuk membantu mengurangkan stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga pesakit leukemia kanak-kanak. Buku ini dapat memberi persediaan dan panduan terhadap ahli keluarga dalam menyantuni perawatan pesakit barah leukemia kanak-kanak.

>> Pembelian

Risiko Penyakit kardiovaskular: Pendedahan Wasap Logam

Noor Hassim Ismail, Arma Noor & Rosnah Ismail

Partikel wasap logam ternafas boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung iskemia, angina dan penyakit salur darah jantung dan penyakit salur darah dalam otak. Di antara punca penyakit-penyakit ini, sebahagiannya daripada aktiviti kimpalan. Secara kemikalnya wasap kimpalan mengandungi logam ferum, zink, magnesium, kuprum, aluminium dan logam berat lain. Pekerja-pekerja yang terdedah kepada wasap logam berat ini akan menyebabkan peningkatan tekanan darah, plasma glukus dan faktor risiko penyakit kardiovaskular. Melalui pembacaan buku ini, pembaca akan didedahkan dengan kaedah genetik untuk mengenalpasti risiko penyakit kardiovaskular menggunakan metilasi DNA LINE-1. Buku ini juga penting sebagai rujukan para pelajar, majikan, pelajar dan komuniti setempat yang terdedah kepada wasap logam.

>> Pembelian

Comparative Willingness to Pay for Drugs Across Health Centre's Attendees

Sharifa Ezat Wan Puteh & Siti Nurul Akma Ahmad

Malaysia is an upper-middle income country that provides subsidised healthcare to its citizens in order to ensure universal health coverage to everyone. Increasing drug expenditure is a crucial challenge in Malaysia. As there is no established compulsory national health insurance yet, most of the patients obtain treatment including prescription drugs from government-funded health clinics and hospitals. The level of willingness to pay for each patient. Some are willing to pay higher while others are not. The level of willingness  to pay for each patient might be influenced by numerous factors. Socia-demographic factors. Socio-demographic factors, types of occupation, health status, number of dependents and status of having health insurance are the possible factors that might influence a patient’s willingness to pay for their drugs. A national health insurance has been proposed to be strategically implemented in the government-funded primary care centers in Malaysia in the very near future. However, most of our citizens are in a comfort zone of highly subsidised health service thusare noty ready to change this norm from having free service to paid drug charges.

>> Pembelian

Singkatan Terma Perubatan HCTM (Edisi ke-5)

Wan Masyitah Wan Syukri & Rosman Mat Rashid

>> Pembelian

Determinant Factors of Unexplained Ante Partum Stillbirths

Rosnah Sutan, W.Cairns S.Smith & Campbell Doris

Classifying perinatal deaths are depending on efficiency and quality of facility available in confirming the diagnosis and postulating causes deaths. In planning toward safer pregnancy, unexplained antepartum stillbirth was found to be a major contribution to overall perinatal deaths. Even with advanced technology available, the causes of deaths cannot be determined. A system is therefore needed at least to identify possible cases for early prevention. The aims of publishing evidence found through research conducted during PhD with guidance from two expert supervisors, Emeritus Professor W.C.S.Smith and Emeritus Reader Dr.Doris Campbell is to give better coverage on determinant factors of unexplained antepartum stillbirth to all healthcare providers interested to strengthen their services. This book covers three sources of evidence related. The first component covers systematic review of existing major international evidence databases available on web follow with second component on Malaysia prenatal health system profile which represent secondary data assessment and the third component is on Scotland database analysis using a well known established NHS Scotland dataset.

>> Pembelian

Trend dan Risiko Pencemaran Udara: Kesan Kepada Penyakit Jantung dan Paru-paru

Rozita Hod, Norhazillah Ab Manan, Mazrura Sahani & Rosnah Ismail

Pencemaran udara sering dikaitkan dengan dua penyakit kronik seperti penyakit jantung dan paru-paru. Udara yang kotor, toksik, berminyak dan panas boleh mengganggu fungsi jantung dan paru-paru. Ini adalah kerana udara yang kotor berpanjangan., boleh menyebabkan kegagalan jantung dan kematian mengejut.Namun, kurangnya maklumat berkenaan isu ini serta kesannya kepada kesihatan manusia berdasarkan maklumat tempatan, mewajarkan isu ini diperhalusi. Buku ini memperlihatkan trend pencemar udara di malaysia, seperti zarah terampai (PM10), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2), sulfer oksida (SO2), ozon (O3) serta pengaruh persekitaran seperti suhu dan kelembaban relatif. Apakah hubungan faktor-faktor tersebut terhadap kejadian penyakit jantung dan penyakit paru-paru? Perbincangan dalam buku ini mengulas secara menarik tentang isu yang amat kritikal ini.

>> Pembelian

Sistem Pengurusan Klinik Veterinar V-MAGSYS: Manual Pengguna

Faiz Daud & Muhamad Zaidi Abdul Rahim

Manual Pengguna Sistem Pengurusan Klinikal Veterinar adalah sebuah manual yang diterbitkan khas untuk para pengguna Sistem Pengurusan Klinikal Veterinar (V-MagSys). Manual pengguna ini memberi maklumat kepada para pengguna sistem tentang cara-cara untuk menggunakan sistem secara menyeluruh, bermula dengan daftar masuk sistem, pengurusan staf, maklumat pesakit, konsultasi rawatan, pengurusan ubat, farmasi dan pembayaran. Manual ini memuatkan maklumat hasil kerjasama industri antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan S-Core IT Solutions Sdn. Bhd. dalam usahah untuk meningkatkan penghasilan sistem pengurusan ke peringkat yang lebih tinggi selarti dengan perkembangan revolusi industri 4.0.

>> Pembelian

Economic Burden of Cervical Cancer in Malaysia

Sharifa Ezat Wan Puteh & Syed Aljunid

This book is dedicated to the development strategy up to the implementation of a new EPI i.e. the HPV vaccination programme in a developing country such as Malaysia. It looks into the economic burden of gynecological cancers in this country specifically on Cervical Cancer and its related cervical cancer screening problems in Malaysia. There is a step by step flow of economic analysis including the development of their clinical pathways and costs involved from multiple view i.e. the societal perspective.

>> Pembelian

Banjir Pahang: Impak terhadap Sosioekonomi Kesihatan dan Alam Sekitar

Chamhuri Siwar, Sharifa Ezat Wan Puteh & Nor Diana Mohd Idris

Banjir Pahang: Impak Terhadap Sosioekonomi Kesihatan dan Alam Sekitar merupakan penyelidikan mengenai banjir yang melanda Pahang tahun 2014 dan kesan-kesannya terhadap beberapa aspek kehidupan masyarakat sekitar. Bencana alam tersebut telah memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap penghidupan komuniti di sepanjang Lembangan Sungai Pahang dan Sungai Kuantan. Penyelidikan ini mengambil masa 12 bulan dilaksanakan bermula 1 April 2015 hingga 31 Mac 2016.

Kepentingan pembangunan kerangka konsep yang merangkumi aspek pengurusan lembangan bersepadu, sistem sokongan bencana, sosioekonomi dan kekentalan struktur masyarakat dalam menghadapi bencana banjir adalah bertujuan untuk menilai dan melaksanakan pendekatan yang berkesan dalam mengurangi impak bencana banjir. Pendekatan isu dan masalah yang berkaitan lembangan dan komuniti perlu diberi perhatian dalam pengurusan bencana banjir dan lembangan sungai seperti masalah sistem amaran banjir, persediaan menghadapi banjir, sedimentasi, perubahan tebing sungai, bekalan makanan dan air bersih.

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu adalah salah satu pendekatan bagi penambahbaikan pengurusan Lembangan Sungai Pahang yang perlu dilaksanakan dengan penglibatan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan bukan kerajaan, mengenalpasti faktor-faktor kemudahterancaman seperti keamatan taburan hujan, kenaikan paras air serta mengintegrasikan faktor sosioekonomi, cuaca dan lembangan sungai demi mewujudkan zon berbahaya banjir merupakan satu sinergi baharu pembuatan keputusan dalam pengurusan risiko banjir bagi pencapaian satu keputusan yang berkesan melalui pembinaan Sistem Sokongan Keputusan.

Kemusnahan, kerosakan dan kehilangan harta benda individu dan awam telah mencatat nilai jutaan Ringgit selain risiko kehilangan pekerjaan dan pendapatan rata-rata mangsa yang bergantung kepada alam sekitar sebagai sumber pendapatan malah turut meninggalkan kesan mental seperti Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) dalam kalangan mangsa yang terlibat. Perbincangan dalam buku ini adalah berfokus kepada aspek tersebut.

Pengurusan lembangan sungai bersepadu, pembentukan model sistem sokongan keputusan sosioekonomi, kesihatan, kemudahterancaman dan impak kerosakan, kerugian dan sekitar fizikal dan alam bina memerlukan kekentalan struktur dalam masyarakat yang berdaya tahan dapat mengurangkan risiko bencana pada masa akan datang.

Banjir Pahang: Impak Terhadap Sosioekonomi Kesihatan dan Alam Sekitar menghimpunkan penemuan utama kajian dan cadangan kepada pihak berkepentingan. Bab-bab ditulis oleh penyelidik dan pembantu penyelidik merumuskan isu-isu dan penemuan kajian yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik kajian ini. Bab-bab dihimpunkan mengikut bahagian: I. Pengenalan, II. Impak Sosioekonomi, III. Impak Kesihatan dan Pemerkasaan IV. IRBM dan Sistem Sokongan V. Impak Alam Sekitar, Kesimpulan dan Cadangan.

>> Pembelian

Bahan Kimia Dalam Kehidupan Harian: Adakah Kita Selamat?

Goh Coo Ta, Mazlin Mokhtar, Lee Khai Ern & Sharifa Ezat Wan Puteh

Bahan kimia memainkan peranan penting dalam kehidupan harian manusia, daripada asas kehidupan kepada peningkatan kualiti hidup. Walaupun bahan kimia membawa manfaat kepada manusia, tetapi penggunaan dan pengurusan bahan kimia yang tidak betul akan membawa kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar. Buku ini dihasilkan untuk meningkatkan pemahaman pembaca mengenai penggunaan bahan kimia dalam kehidupan harian, menerangkan bahaya dan kesan-kesan buruk bahan kimia. Selain itu terdapat juga penghuraian tentang sistem pengurusan bahan kimia yang sedia ada pada peringkat antarabangsa dan inisiatif yang dapat mengurangkan atau membasmi risiko bahan kimia.

>> Pembelian

Isu Masyarakat Berpendapatan Rendah di Malaysia: Cabaran Minda dan Kesihatan

Suzana Shahar, Divya Vanoh & Sharifa Ezat Wan Puteh

>> Pembelian

Health Insurance - Benefit Package for Malaysian Women

Nurul Azwa Mohd Ismail, Sharifa Ezat Wan Puteh, Khadijah Samsuddin & Siti Nur Farhana Mohd Nasir 

This book features chapters covering preferences among Malaysian population towards preferred benefit packages of health insurance for women through gender approach. Gender-based approach in providing healthcare services is still lacking, especially in health insurance. Women tends to utilize healthcare services more compared to men, even though some studies have shown that women have less access to health services.

Better information on the expectations of benefit packages among women and the men’s perception on what women need are lacking; this leads to gender inequality in the utilization of healthcare services. In addition, global trends show more countries are embracing social health insurance for their population.

>> Pembelian

Remaja & Ketagihan Telefon Pintar : Faktor & Solusi

Qistina Mohd Ghazali, Idayu Badilla Idris & Azmawati Mohammed Nawi

Perubahan cara hidup remaja di Malaysia masa kini sangat dipengaruhi oleh arus globalisasi dan peningkatan taraf hidup. Teknologi yang semakin berkembang maju menjadikan telefon pintar semakin canggih. Penggunaannya kini tidak terbatas bukan hanya untuk bercakap malah lebih dari itu. Telefon pintar telah menjadi sebahagian dari hidup remaja. Tetapi pada masa yang sama, ketagihan terhadap penggunaanya telah menjadi satu kebimbangan dalam kesihatan awam. Apakah yang menyebabkan ketagihan telefon pintar ini? Peningkatan umur, gaya permisif dan autoritarian ibu akan menaikkan tahap ketagihan telefon pintar manakala peningkatan gaya autoritatif bapa dan tahap kepuasan hidup akan menurunkan tahap ketagihan telefon pintar. Ini menunjukkan faktor umur, gaya permisif dan autoritarian ibu, gaya autoritatif bapa serta kepuasan hidup merupakan faktor peramal. Buku ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa, pihak sekolah dan juga masyarakat, bahawa ketagihan telefon pintar ini patut dirawat pada peringkat yang lebih awal. Ibu bapa juga perlu tahu jenis gaya keibubapaan yang manakah paling sesuai diamalkan oleh ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan dalam menentukan tahap ketagihan telefon pintar. Malah, kepuasan hidup dalam kalangan pelajar perlu ditingkatkan bagi mengurangkan tahap ketagihan.

>> Pembelian

Penyakit Haba

Rosnah Ismail, Zawiah Mansor, Noor Hassim Ismail & Jamal Hisham Hashim

Buku ini memberi penjelasan secara terperinci berkenaan faktor peramal penyakit haba seperti faktor individu, beban kerja dan tegasan haba di tempat kerja di kalangan pekerja.

>> Pembelian

Translate »