Aktiviti MoU Jabatan Perubatan Kesihatan Awam dan Fakultas Kesihatan Masyarakat (FKM) Universiti Sumatera Utara Medan 2023

Pada 18-20 Mei 2023, beberapa aktiviti telah dijalankan dibawah MoU Jabatan Perubatan Kesihatan Awam dan Fakultas Kesihatan Masyarakat (FKM) Universiti Sumatera Utara Medan Indonesia dibawah penyelaras Profesor Dr Aniza Ismail.

Aktiviti aktiviti tersebut ialah Lawatan ke Program KOSPEN dan COMBI di bawah program KKM, Ceramah Kesihatan bertema Update on Stunting Malaysia and Indonesia dan Program Kesihatan Bersama Orang Asli Kedat dengan tema Menuju Kesejahteraan Keluarga Madani: Hargailah kesihatan Anda.

Program Kesihatan dikendalikan oleh pelajar siswazah SSKM, SKM dan pelajar siswazah daripada USU.

Program kesihatan ini juga dengan kerjasama :

  1. KKM
  2. JAKOA
  3. Yayasan Negeri Sembilan
  4. Mahasiswa Negeri Sembilan UKM

Aktiviti-aktiviti di bawah MoU ini telah berjaya dijalankan dan mencapai matlamat kerjasama antara JPKA dan FKM USU.