Unit Kepakaran
Terdapat 5 Unit Kepakaran di peringkat Jabatan :
- Epidemiologi & Statistik.
- Kesihatan Pekerjaan.
- Kesihatan Persekitaran.
- Kesihatan Keluarga.
- Pengurusan Hospital & Ekonomi Kesihatan.
Unit Epidemiologi & Statistik
- Menyedia dan mengajar program dan modul dalam bidang epidemiologi dan statistik pelajar pra-sizwazah dan pasca-siswazah.
- Menjalankan penyelidikan epidemiologi tentang penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
- Memberi khidmat nasihat profesional dalam epidemiologi dan biostatistik kepada penyelidik.
- Menjalankan projek kerjasama dalam kajian bioperubatan bersama dengan jabatan lain di fakulti dan institusi-institusi penyelidikan lain.
Unit Kesihatan Pekerjaan
- Menfokuskan aktiviti pencegahan penyakit di dalam persekitaran pekerjaan.
- Mengenal pasti jenis hazard dan mencegah. Antara contoh hazard :
- Hazard bunyi : pendengaran
- Hazard radiasi : mutasi
- Hazard ergonomik : postur badan dan cara kerja
- Antara program yang dianjurkan :
- Penubuhan unit pegawai insiden
- Makmal pameran kesihatan pekerjaan
- International conference
Unit Kesihatan Persekitaran
- Melakukan penyelidikan berkaitan toxicology. Bagaimana bahan boleh memberi kesan kepada alam sekitar, manusia dan cara membendungnya.
- Racun serangga
- Baja
- Factory waste products
- Menjalinkan kerjasama dengan Jabatan luar seperti :
- Jabatan Alam Sekitar
- Tenaga Nasional Berhad (TNB)
- Petronas
- Health Impact Assessment (HIA) – memberi konsultasi dan nasihat pakar
- Melakukan aktiviti kesedaran mengenai kesihatan pekerjaan :
- Pameran poster pelajar
- Karnival kesihatan
Unit Kesihatan Keluarga
- Melakukan penyelidikan dan proses pendidikan kepada masyarakat daripada peringkat bayi sehingga warga emas.
- Melakukan promosi dan pengajaran dalam meningkatkan kesihatan keluarga.