Kolokium Kebangsaan Kesihatan Masyarakat Ke-21

Kolokium Kebangsaan Kesihatan Masyarakat Ke-21 yang berlangsung pada 23-24 Ogos 2017 ini lebih memfokuskan kepada penglibatan para pelajar pasca siswazah daripada Universiti tempatan terutama yang sedang menyambung pengajian dalam bidang kepakaran Kesihatan Awam. Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya persidangan kali ini turut disertai oleh pakar-pakar kesihatan awam dari pelbagai peringkat di Kementerian Kesihatan, Universiti Awam dan Swasta serta pihak Industri. Tema persidangan yang dipilih adalah ‘Public Health Professionals: Present and Future’ bertujuan untuk membincangkan halatuju Profesional dan Pakar Kesihatan Awam di negara ini sama ada dari segi pengiktirafan kepakaran, menilai semula skop kesihatan awam dan mengenalpasti pihak-pihak lain yang diiktiraf sebagai pakar dalam kesihatan awam.