Jabatan Perubatan Kesihatan Awam

 Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA), Fakulti Perubatan UKM

program inisiatif komuniti sihat

19/07/2024

Program Inisiatif Komuniti
Malaysia Madani Sihat

Kampung Orang Asli
POS Tenau Perak

27 July 2024 – 28 July 2024

Masyarakat Orang Asli (OA) merupakan penduduk asal di Malaysia yang hidup di kawasan pedalaman dan terpencil. Mereka juga merupakan golongan minoriti dan rentan serta berdepan dengan isu kemiskinan berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Faktor ini telah menyebabkan akses mereka kepada penyampaian kesihatan adalah terhad dan isu-isu berkaitan kesihatan dan kesejahteraan hidup masih menjadi cabaran utama. Ketidakcapaian dalam mendapatkan rawatan kesihatan dan penjagaan kesihatan menyebabkan terdapat jurang dari segi jangka hayat, kadar morbiditi dan mortaliti dalam kalangan OA berbanding masyarakat arus perdana.

UKM melalui HCTM dan Fakulti Perubatan telah mempelopori usaha menyantuni masyarakat dari pelbagai aspek kesihatan dan kesejahteraan komuniti. Hasil usaha tersebut telah meningkatkan kebolehcapaian serta kesedaran masyarakat terutama dari segi kesihatan. Bertitik tolak daripada pelbagai program yang telah dilaksanakan, ia sewajarnya diteruskan dan dilebarkan kepada usaha lestari bagi mewujudkan satu komuniti yang terkehadapan di dalam aspek kesihatan, penjagaan kendiri dan lain-lain.

INISIATIF KOMUNITI MALAYSIA MADANI SIHAT (iKMAS), KAMPUNG ORANG ASLI POS TENAU, SLIM RIVER PERAK,  ini merupakan sebahagian daripada inisiatif oleh Pakar-Pakar Perubatan Kesihatan Awam di Unit Kesihatan Awam HCTM dan Jabatan Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan UKM bagi memperkasa kesihatan keluarga OA melalui aktiviti pencegahan penyakit yang betul serta menekankan kepada perubahan tingkah laku kehidupan ke arah kualiti hidup yang lebih baik. Inisiatif ini memberi fokus kepada pencegahan penyakit berjangkit dan malnutrisi dalam kalangan kumpulan rentan tersebut yang perlu diberi perhatian khusus dan disantuni dengan baik.

Inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai agensi di luar UKM terutama Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, Perak,  Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), para pelajar pra dan pasca-siswazah serta ahli jabatan.

Post Views: 5
Translate »