Prasiswazah
Tahun 1 – FF1622 Perubatan & Masyarakat I
- (Medicine & Society I – Health & Population)
- Penyelaras – Mejar Bersekutu (PA) Dr. Roszita Ibrahim
- Pembantu – Cik. Fatin Nazirah Azahari
- Modul ini membincangkan beberapa isu dan cabaran semasa dan masa hadapan dalam menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
- Ia menggabungkan pelbagai disiplin kesihatan masyarakat dalam menangani isu pencegahan penyakit dan penjagaan kesihatan.
- Modul ini merangkumi topik mengenai aspek psikososial penyakit dan penjagaan kesihatan yang komprehensif, prinsip pencegahan penyakit, asas kesihatan persekitaran, prinsip pengurusan kesihatan, asas kesihatan keluarga dan pemakanan.
- Dengan memperkenalkan prinsip-prinsip kesihatan masyarakat kepada para pelajar, diharapkan mereka dapat menggunakannya dalam menilai masalah kesihatan, merancang dan memantau aktiviti kesihatan masyarakat dan menyampaikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.
Tahun 2 – FFF2613 Perubatan & Masyarakat II
- (Medicine & Society II – Statistics & Epidemiology)
- Penyelaras – Prof. Madya Dr. Nazarudin Safian
- Pembantu : Pn. Noormujanah Kormin
- Modul ini membincangkan konsep kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
- Perhatian secara khusus diberikan kepada program dan perkhidmatan kawalan penyakit yang menjadi masalah kesihatan awam di Malaysia.
- Modul ini juga memperkenalkan demografi asas termasuk statistik penting, data kesuburan, pengembangan populasi dan jadual hayat.
- Pengetahuan asas tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta penilaian dan langkah-langkah kawalan bahaya di tempat kerja juga diterokai.
- Pelajar akan didedahkan kepada akta dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada di Malaysia, serta program pencegahan kemalangan pekerjaan dan undang-undang pampasan kecederaan pekerjaan.
- Modul ini juga memperkenalkan pelajar kepada teknik melakukan penyelidikan dari penyediaan cadangan dan pengumpulan data sehingga analisis data dan penulisan laporan.
- Teknik statistik asas seperti statistik deskriptif dan statistik inferens akan diperkenalkan kepada pelajar ketika mereka menjalankan penyelidikan mereka.
Tahun 3 – FF3618 Perubatan & Masyarakat III
- (Medicine & Society III – Community Health)
- Penyelaras – Dr. Faiz Daud
- Pembantu : Pn. Nor Aliawati Ahmad
- Modul Perubatan & Masyarakat III adalah modul pendidikan enam minggu.
- Modul ini merangkumi 7 disiplin iaitu :
- Kesihatan dan Pengurusan Hospital.
- Kesihatan Keluarga.
- Pemakanan Komuniti.
- Epidemiologi dan Statistik.
- Kesihatan Pekerjaan.
- Kesihatan Persekitaran.
- Promosi & Pendidikan Kesihatan.
- Semasa mengikuti modul ini, pelajar perubatan terdedah kepada sistem perkhidmatan kesihatan dan aktiviti yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan.
- Mereka juga dikehendaki menjalankan kajian komuniti dengan menggunakan pengetahuan epidemiologi dan statistik mereka.
- Pelajar akan dibimbing dan diberi latihan dalam mencapai matlamat utama iaitu untuk menghasilkan profesional doktor perubatan yang berwibawa yang akan memenuhi keperluan kesihatan penduduk Malaysia.
- Taklimat akan diberikan oleh penyelaras modul pada awal setiap posting.
- Modul ini dijalankan di Pejabat Kesihatan Daerah, Hospital Daerah dan Klinik Kesihatan di Selangor.
- Galeri dan aktiviti – Facebook Kampungku Sihat
Tahun 5 – FF5713 Pembangunan Peribadi & Profesional
- (Personal & Professional Development III – Medical Career)
- Penyelaras – Prof. Madya Dr. Norfazilah Ahmad
- Pembantu : Pn. Nor Aliawati Ahmad
- Para pelajar Tahun 3 akan melalui fasa di mana kesemua modul Perubatan & Masyarakat 1, 2 dan 3 disimpulkan agar dapat menjelaskan kepentingan bidang Kesihatan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai Kesihatan Awam.
- Di tahun 3 juga, pelajar diberi input berkenaan perkembangan profesionalisme dalam kerja klinikal pelajar perubatan sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menjadi doktor pada masa hadapan.
- Penekanan diberikan kepada hubungan doktor-pesakit, kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan dan etika perubatan.
Maklumat lanjut :
Sekretariat Pengajian Prasiswazah
Aras 2, Kompleks Pendidikan
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras Kuala Lumpur. MALAYSIA.
Laman web : Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan
Telefon : +603-9145 5028 / 5029 / 5030 / 5031
Faksimili : +603-9145 6655