Lawatan Kerja dari Pejabat Aset Dan Operasi Universiti Sains Malaysia
Prasarana-UKM telah menerima satu lawatan dari Pejabat Aset dan Operasi(PAO) Universiti Sains Malaysia(USM) yang terdiri daripada 5 orang pegawai pada 7 Mei 2018. Lawatan ini bertujuan untuk menimba ilmu dari Jabatan Prasarana-UKM yang akan dijadikan penanda aras dalam mengurus aset dan operasi di Universiti Sains Malaysia(USM).
PEngerusi dari Prasarana-UKM ialah Ir. Hassannuddin(Timbalan Pengarah Penyelenggaraan & Operasi) dan diiringi oleh Encik Syahidi Hasbullah (Ketua Unit Aset), Encik Amartur Rahman (Jurugeospatial) dan Encik Aizat Saiful Bahri (Jurugeospatial).
Antara perkara yang dibentangkan oleh pihak Prasarana-UKM ialah:
1. Struktur Pengurusan
2. Urustadbir
3. Fungsi Jabatan
4. Pengurusan Aset dan operasi (Aset dan GIS)
Antara pegawai USM yang hadir ialah:
1. Tn. Haji Abd Hadi bin Ahmad
Timbalan Pendaftar
Pejabat Aset dan Operasi USM
2. En. Zairani Bin Mohamed Zain
Ketua Penolong Pendaftar
Pejabat Aset dan Operasi USM
3. En. Shahrizal Bin Nazri
Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
Pejabat Aset dan Operasi USM
4. En. Nazri Bin Ahmad
Penolong Pendaftar Kanan
Pejabat Aset dan Operasi USM
5. En. Mohd Saifull Bin Yunus
Penolong Pendaftar
Pejabat Aset dan Operasi USM
Pihak Prasarana-UKM juga berkesempatan membawa rombongan lawatan dari USM ke Tapak Baja Kompos serta menunjukkan proses penyedian dan pembuatan baja kompos.
Lawatan disambung ke nurseri unit landskap untuk melihat tapak semaian pokok yang diselenggara dan disemai oleh unit landskap. Lawatan ini dketuani oleh Cik Fadhlina Binti Harun (Arkitek Landskap J41) dan kakitanagn unit landskap.