PERKONGSIAN ILMU SERTA LAWATAN KE TAPAK KOMPOS DAN PUSAT KITAR SEMULA, UNIT LANDSKAP

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas, pada 3 Mei 2018(Khamis) yang lepas, Unit Landskap Prasarana-UKM telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu serta Lawatan ke Tapak Kompos dan Pusat Kitar Semula kepada seluruh warga Prasarana-UKM.

2. Antara agenda pada hari tersebut ialah taklimat penghasilan baja kompos oleh pegawai Prasarana-UKM, Cik Fadlina Harun serta Pembantu Awam,  Encik Rahim Bin Sirat yang berpengalaman luas dalam penghasilan baja dari proses pengumpulan sisa, penghasilan serta penjualan baja. Lawatan diteruskan ke Pusat Kitar Semula yang terletak bersebelahan dengan DECTAR UKM. Cik Fadhlina Harun menerangkan kaedah yang digunakan untuk mengitar semula barang serta aktiviti yang sering dilakukan oleh Pusat Kitar Semula. Pusat Kitar Semula UKM dijaga oleh PEmbantu Awam, Cik Salmah Ismail.

GAMBAR SEKITAR LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT : Klik