BENGKEL AUDIT KENDIRI KELESTARIAN PREMIS MAKANAN UKM 2019

 

Bengkel Audit Kendiri Kelestarian Premis Makanan UKM 2019telah diadakan pada 29 Januari 2019 di Dewan Besar,Kolej Pendeta Za’ba. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh semua Pengetua Kolej, Pengurus asrama dan pengusaha-pengusaha kafeteria di UKM. Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah bagi mendapatkan pemurnian dan penerangan tentang kaedah bagi pengasingan sisa di kafeteria di UKM. Bengkel tersebut diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Noor Azlin Bin Ahmad Basri dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina yang pakar dalam pengasisagn sisa pejejal. Beliau teleh memberikan taklimat tentang sisa pepejal dan menerangkan kaedah audit yang akan dijalankan oleh semua kafeteria kolej di UKM. Program disambung dengan beberapa ceramah dan taklimat seperti berikut:

  1. YBhg. Prof. Dr. Noor Ezlin Bin Ahmad Basri (Ketua Projek Pengasingan Sisa Pepejal)- Taklimat Pengasingan Sisa dan Penerangan Borang Audit Kendiri Premis Makanan
  2. YBhg. Prof. Ir. Dr. Othman Jaafar (Pengarah Prasarana-UKM) – Pendahuluan dan taklimat ringkas Pengasingan Sisa
  3. Dr. Arif NAsar Bin Sulaiman (Pegawai Perubatan, Pusat Kesihatan Universiti) – Makanan Bersih, Kesihatan Terjamin
  4. Puan Nor ‘Ain Binti Mohd Jali (Ketua Unit Landskap, Prasarana-UKM)- Taklimat Pengurusan sampah
  5. Encik Abdul Rahim Sirat – Taklimat baja kompos