Jabatan Pembangunan Prasarana UKM

 Mesra Pelanggan

Prof. Madya Sr. Dr. Adi Irfan Bin Che Ani ( Timbalan Pengarah Citra-UKM)

Prof. Madya Sr Dr. Adi Irfan Che-Ani adalah pensyarah di Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM dan juga Timbalan Pengarah (Akademik), Pusat Citra Universiti – Citra UKM. Beliau memperolehi PhD dari Universiti Malaya, Malaysia dalam bidang Pengurusan Fasiliti (pengukuran prestasi). Penyelidikan beliau tertumpu kepada Penilaian Keadaan Bangunan-BCA (Indeks Kondisi), Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM)-berasaskan BCA, dan Kemahiran Insaniah & Kompetensi Pelajar. Beliau juga ialah Pengerusi Persatuan Jurukur Bangunan Berdaftar Malaysia (MyRBS), serta penerima Anugerah Jurukur Bangunan Malaysia 2016 dan Anugerah Juruukur Bangunan Muda 2013.