Jabatan Pembangunan Prasarana UKM

 Mesra Pelanggan

Sr. Madiah Embong – Juru Ukur Bahan Kanan JKR

Sr. Madiah Binti Embong mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang kepakaran dan Pengurusan projek . Beliau telah menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Aset dan Pengurusan Fasiliti di UTM secara separuh masa pada tahun 2008 dan sekarang terlibat secara langsung di dalam pengurusan dasar dan pembangunan  dokumen  sokongan kepada TPATA  terutama berkaitan perolehan dan pentadbiran kontrak pengurusan fasiliti.  Sr. Madiah Binti Embong bertanggungjawab kepada Pengurusan Atasan di dalam membawa halatuju pengurusan fasiliti  selari dengan JKR Strategic Framework  iaitu membudayakan  penyenggaraan kearah Pengurusan aset Menyeluruh bermula tahun 2013 hingga sekarang. Beliau juga merupakan Juruukur Bahan berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia dan  ahli  RISM pada tahun 2018.