Jabatan Pembangunan Prasarana UKM

 Mesra Pelanggan

Prof. Dr. Zaidi Bin Isa – Pengarah ROSH-UKM

 

Prof. Dr. Zaidi bin Isa ialah Pengarah Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan Kesihatan Pekerjaan  Universiti Kebangsaan Malaysia (ROSH-UKM). Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Aktuari , Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (Bidang Kewangan),  Ijazah Doktor Falsafah (Pemodelan Risiko Kewangan) dan memperoleh pertauliahan ikhtisas Certified in Quantitative Risk Management (CQRM) dari International Institute of Profesional Education and Research, USA  (IIPER).  Beliau merupakan ahli akademik di Pusat Pemodelan dan Sains Data UKM dan menyampaikan kuliah berkaitan dengan bidang Pemodelan Risiko  (Siri Masa)  Statisitk Gunaan, Ekonometrik dan Pelaburan.

Prof Dr Zaidi juga sering terlibat dengan penyelidikan yang tertumpu kepada Pemodelan Siri Masa Kewangan, Pengurusan Risiko Kewangan  dan  Isu Statistik Gunaan dalam pelbagai bidang.  Beliau juga mempunyai pengalaman bekerjasama dalam menjalankan penyelidikan bersama-sama dengan beberapa institusi seperti Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Institut Kefahaman Malaysia (IKIM), Persatuan Insurans hayat Malaysia (LIAM) dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Beliau sering menjadi penceramah  undangan untuk bengkel  berkaitan dengan Pengurusan Risiko Kuantitatif (Quantitative Risk Management), Pengurusan Risiko di dalam ISO 9001-2015, Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dan Pemodelan Risiko.  Beliau pernah menerima anugerah artikel ilmiah terbaik oleh Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) 2008, Anugerah  Buku Terbaik oleh Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2016,  Penyelidikan Terbaik oleh Suruhanjaya Sekuriti (Capital Market Award) 1996, Anugerah Emas Standard Chartered (Pelajar Terbaik) 1996.