MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH PRASARANA-UKM DAN PROGRAM GOTONG-ROYONG

Alhamdulillah, pada 26 Mac 2019 telah berlangsung Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah Prasarana-UKM dengan lancar dan jayanya pada 26 Mac 2019. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua warga Prasarana-UKM dan turut hadir sama ialah Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Azlan Bin Ghazali iaitu mantan Naib Canselor UKM. Antara aktiviti yang berjaya diadakan pada Majlis tersebut ialah Ucapan daripada Pengarah Prasarana-UKM (Prof. Ir. Dr. Othman Jaafar), Majlis Penyampaian sijil kepada AJK  Seminar Pengurusan Fasiliti Bersepadu 2019 dan Penyampaian Sumbangan kepada penerima daripada Kelab Kakitangan Prasarana-UKM. Program tersebut diteruskan dengan Program Gotong-Royong yang melibatkan semua unit dan dibahagikan kepada dua aktiviti iaitu mengecat dan menanam pokok di sekitar Prasarana-UKM. Gambar sekitar majlis adalah seperti berikut: