Gangguan Bekalan Elektrik Di Seluruh Kampus Induk UKM Bangi (2)
GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK DI SELURUH KAMPUS INDUK UKM BANGI BAGI KERJA-KERJA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJITERIMA KABEL VOLTAN TINGGI 11KV DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN UNTUK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. – NO. TENDER : UKM/JPP/56/2014
Dimaklumkan bahawa JPP akan menjalankan kerja-kerja penukaran panel (switchgear) 33KV di Pencawang Masuk Utama, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 11 Julai 2015 (Sabtu) pada jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.
Oleh itu, semasa kerja-kerja penukaran panel (switchgear) 33KV ini melibatkan henti tugas Pemutus Litar Votlan Tinggi. Gangguan bekalan elektrik akan berlaku dikeseluruhan kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tempoh berkenaan.
Pihak JPP memohon maaf atas sebarang kesulitan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
Penjaga Jentera Tertinggi : En. Mohd Ali Abd. Manap (H/P : 0136353189) atau (Sambungan : 5959/5376)
Ketua Jurutera Elektrik : En. Zulfadly Anuar Taip (Sambungan : 4676/5078)
Sekian. Harap maklum.