KAD HIJAU CIDB – Keperluan Keselamatan Memasuki Tapak Kerja

Sukacita dimaklumkan bahawa, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia melalui Akta 520 telah menetapkan seorang yang pekerja yang perlu bekerja di tapak binaan atau penyelenggaraan perlu mendaftar dan mempunyai Kad Hijau CIDB. Ini Bertujuan bagi memastikan mereka telah diberi pendedahan mengenai keselamatan di kawasan tapak binaan dan juga perlindungan insuran.

Sehubungan dengan ini, Mesyuarat Pengurusan Prasarana Bil 3/2017 telah memutuskan supaya semua Pegawai dan staf Prasarana yang terlibat dalam melaksana, memantau dan menyelia di kawasan tapak pembinaan atau kerja perlu mendaftar dan memperbaharui Kad Hjau CIDB pada setiap tahun.

Urusan pendaftaran dan pembaharuan Kad Hijau CIDB adalah di bawah tanggungjawab setiap individu dan perlu dibuat kepada pejabat CIDB. Kos bayaran yuran tahunan sebanyak RM50.00 setahun boleh dibuat tuntutan bayaran balik daripada pihak Universiti.Ini bertujuan bagi memastikan semua Pegawai dan staf yang terlibat dengan kerja di tapak pembinaan mempunyai Kad Hijau CIDB yang sah dan dilindungi insuran.

Kerjasama dan keprihatinan dalam aspek keperluan keselamatan di tempat kerja  ini amat dihargai.

Muat Turun Lampiran