KERJA-KERJA PENGGANTUAN PERKAKASAN SUIS VOLTAN TINGGI 33kV JENIS VCB & LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PMU 33kV/11kV.

22 FEBRUARI 2025

Pada 22 Februari sehingga 25 Februari 2025, pasukan Unit Elektrikal Jabatan Pembangunan Prasarana UKM telah melakukan kerja-kerja penggantian baru perkakasan suis voltan tinggi 33kV jenis VCB & lain-lain kerja berkaitan di PMU 33kV/11kV.
 
Kesemua kerja2 pemasangan ini dilaksanakan secara berperingkat & perlu mematuhi Akta Bekaln Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 serta Prosedur Kerja Selamat, Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan kerja-kerja berjalan dengan lancar & keselamatan terjamin.
 
Penggantian VCB baru ini dilakukan menggantikan peralatan yg telah usang hampir 30 tahun bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik voltan tinggi UKM yang optimum
 
Prof Abdul Halim yang menjalankan fungsi Naib Canselor, pada 24 Februari turut turun ke lapangan PMU 33KV UKM Bangi & telah diberi taklimat oleh pihak Jabatan Pembangunan Prasarana berkenaan perkembangan semasa kerja-kerja naik taraf sistem bekalan elektrik voltan tinggi di PMU 33kV yang merupakan nadi utama kepada sistem pembahagian bekalan elektrik dan pencawang-pencawang elektrik di Kampus UKM Bangi.