KURSUS PEMANTAPAN ORGANISASI PRASARANA-UKM (Gred 29-40)

Kursus Pemantapan Organisasi Kakitangan Prasarana-UKM (Gred 29-40) telah diadakan pada 21 Mac 2019 di Bilik Latihan 2 , Kolej Keris Mas. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 69 orang kakitangan sokongan Prasarana-UKM Kampus Bangi . Objektif kursus tersebut ialah untuk memantapkan dan mengeratkan hubungan diantara semua kaktitangan Gred 29-40 dan mendapatkan pandangan serta cadangan yang bersesuaian untuk dibincangkan bersama pengurusan tertinggi Prasarana-UKM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi suai kenal, slot Sayangi UKM dan Jati Diri UKM.