LAWATAN NAIB CANSELOR UKM KE PRASARANA UKM

Prasarana-UKM telah menerima lawatan dari Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. DatoTs. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman pada 9 Februari 2021 yang lepas. Lawatan bermula sekitar pukul 10.30 pagi dimulakan dengan  pembentangan oleh Pengarah Prasarana-UKM, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman dan disusuli dengan sesi soal jawab bersama kakitangan Prasarana-UKM. Naib Canselor UKM juga berkesempatan meluangkan masa melihat beberapa sistem yang digunapakai oleh Prasarana-UKM terutama dari Unit Elektrik berkaitan penjimatan tenaga dan sistem GIS dari Unit Infostruktur. Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi lawatn oleh Naib Canselor ke sekitar Pejabat Prasarana-UKM dan beramah mesra dengan kakitangan yang hadir pada hadir tersebut.