MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BANGUNAN MAKMAL PENYELIDIKAN BAHASA, STEM DAN MINDA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN

Pada  14 Februari 2022 telah berlangsung majlis ringkas Penyerahan Projek Bangunan Makmal Penyelidikan Bahasa, STEM dan MINDA oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Majlis tersebut dihadiri oleh  Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan juga Pengarah Jabatan Pembangunan Prasarana, En Zolkefli Bin Mohamed. Turut hadir adalah Puan Azlina Azman, Setiausaha (Bahagian Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pada majlis tersebut, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman menerima replika kunci sebagai simbolik penyerahan Bangunan Makmal Penyelidikan Bahasa, STEM dan MINDA dari Ir. Mohd Zawawi Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Selangor. Berikut adalah gambar-gambar di sekitar majlis tersebut.