MAJLIS PENYERAHAN TUGAS KETUA PENTADBIRAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Prasarana-UKM telah menerima Ketua Pentadbiran Baru iaitu ENcik Bahruzaini Bin Baharin (N44) bagi menggantikan Encik Mohd Najib Bin Adun(N48) yang telah berpindah ke Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina pada 22 April 2019. Majlis yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pembangunan & Inovasi (Encik Zolkefl Mohamed), semua Ketua Unit dan unit pentadbiran telah diadakan pada 30 April 2019. Encik Mohd Najib Bin Adun telah membentangkan semua senarai tugas yang perlu disambung dan dilihat oleh Ketua Pentadbiran Baru meliputi aspek Kewangan, Sumber Manusia, Klasifikasi Fail, Kelengkapan Peralatan Pejabat, Perjawatan, KRA 6 , Anggaran Belanja Mengurus Tahunan dan sebagainya. Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati dari Encik Mohd Najib Bin Adun kepada semua ahli majlis yang hadir dan seterusnya jamuan makan.