MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN UNIVERSITI AWAM [PPUA]
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi tuan rumah Mesyuarat Pemantauan Pembangunan Universiti Awam Bil. 1/2025 yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md. Amir di Bilik Senat UKM.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai prestasi pelaksanaan projek pembangunan di Universiti Awam serta memastikan hala tuju strategik untuk tahun 2025. Dalam mesyuarat ini, YBhg. Datuk Mohamad Azhan menekankan kepentingan pemantauan projek secara berkala bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek yang sedang berjalan, perancangan projek di bawah Rolling Plan Kelima (RP5), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) serta perancangan projek baharu Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).
Delegasi mesyuarat ini telah disantuni oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor yang menjalankan fungsi Naib Canselor UKM. Turut hadir Prof. Madya Ar. Dr. Mohd Farid Mohamed (Timbalan Pengarah JANA@UKM), Ir. Ts. Zulfadly Anuar Taip (Menjalankan Tugas Pengarah JPP) dan Prof. Madya Dr. Mohamad Hanif Md Saad (Pengarah PTM).
#IlmuMutudanBudi
#jiwauniversitiwatan
#JPPUKM