PEMAKLUMAN PERTUKARAN NAMA PRASARANA-UKM KEPADA JABATAN PEMBANGUNAN PRASARANA UKM (JPP)

Sukacita dimaklumkan bahawa PRASARANA-UKM telah dijenamakan semula kepada nama baru iaitu Jabatan Pembangunan Prasarana UKM (JPP). Penjenamaan semula ini adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MJPU) Bil.8/2021 bertarikh 01 Jun 2021.
Sehubungan dengan itu, segala urusan surat-menyurat, e-mel, dokumentasi dan sebagainya mulai 15 Jun 2021 adalah menggunakan nama baharu seperti di atas.
Sekian, terima kasih.