PEMBENTANGAN PORTFOLIO PRASARANA-UKM BERSAMA NAIB CANSELOR UKM
Adalah dimaklumkan bahawa pada 12 Mac 2018 yang lepas, Prasarana-UKM telah mengadakan pembentangan Portfolio Prasarana-UKM bersama Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor. Semua pegawai Prasarana-UKM telah hadir untuk memberikan maklumbalas hasil pembentangan. Antara intipati pembentangan portfolio Prasarana-UKM ialah :
- Tadbir Urus
- Fungsi Setiap Unit
- Pembangunan Semasa
- Projek Siap Melebihi 1 juta 2018/awal 2019
- Penggunaan Teknologi dalam Kerja Penyelenggaraan
- Pengurusan Tenaga
- KRA 6 (Tekad 17)
- Sistem Aduan Kerosakan (SAK)
- Aktiviti Pemantapan Perkhidmatan
- Isu & Cabaran