Penutupan Bekalan Elektrik Bagi Kerja-Kerja Pemasangan Digital Power Meter (DPM)

Adalah dimaklumkan Unit Pengurusan Tenaga (UPT), Prasarana-UKM akan menjalankan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan Digital Power Meter (DPM) di bangunan / lokasi yang terlibat seperti di lampiran pada 14, 16 dan 17 Disember 2017.

Sehubungan dengan itu, penutupan bekalan elektrik bagi memberi laluan untuk kerja-kerja tersebut akan dilakukan mengikut tarikh dan waktu yang dinyatakan dalam jadual yang dilampirkan bersama makluman ini.

Pihak UPT memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Kerjasama dari pihak yang terlibat dan seluruh warga UKM amat dihargai demi manfaat bersama di masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Penolong Jurutera Kanan Elektrik, Encik Ahmad Nizam Shaari di talian 03-89213119 / 3113. Unit Pengurusan Tenaga, Prasarana-UKM.

Lampiran : Jadual Penutupan Bekalan Elektrik