Perhimpunan Bersama Pengarah Prasarana-UKM Siri 1/2018

Majlis Perhimpunan bersama Pengarah Prasarana-UKM, Prof. Madya Ir. Dr. Othman Jaafar telah diadakan pada 4 April 2018(Rabu) di Dewan Kuliah Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik. Antara agenda pada perhimpunan berikut ialah ucapan dari Pengarah Prasarana-UKM, penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada pesara, kenaikan pangkat serta pengenalan kepada kakitangan baharu di Prasarana-UKM.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah!

1. Encik Ahsan Ahmad yang telah tamat perkhidmatan sebagai Ketua Pentadbiran di Prasarana-UKM berpindah ke Fakulti Kejuruteraan Alam Bina.
Tempoh perkhidmatan beliau adalah dari 15 Disember 2014 – 2 April 2018.

2. Pesara Prasarana-UKM

Encik Muhammad Aminu Zaikhan Albashah Bin Che Zakaria (Awam) – 31/3/2018
Encik Raub Bin Salleh (Awam) – 29/4/2018
Encik Zolfisli Bin Mohd Nor (Landskap) – 15/04/2018

3. Kenaikan Pangkat

Pn Marini Binti Md. Din – Penolong Pegawai Senibina JA36
Puan Hartini Binti Mohd Isa – Penolong Pegawai Senibina JA38
Norazila Sulaiman – Penolong Jurutera JA36

4. Kakitangan baru

Ahmad Yusof Bin Abdul Wahid (Unit Mekanikal)
Norazila Sulaiman (Unit Mekanikal)
Noor Afiqah Binti Abdul Rahim (Unit Elektrik)
Faiz Bin Khalid (Unit Pentadbiran)