Permohonan Pembekalan Peralatan & Perkhidmatan Majlis Luar Serta Tunggu Sedia

Dengan hormat merujuk perkara tersebut di atas, untuk makluman YBhg. Prof./Dato’/Tuan/Puan, peruntukan penyelenggaraan Jabatan Prasarana-UKM bagi tahun 2017  yang diluluskan oleh Jabatan Bendahari sebanyak RM 18 juta berbanding jumlah yang dipohon sebanyak RM 27 juta yakni pengurangan sebanyak 35%.

Sehubungan ini, Prasarana-UKM terpaksa membuat penyelarasan peruntukan sedia ada bagi menampung kos penyelenggaraan dan perkhidmatan yang disediakan bagi memenuhi keperluan operasi penyelenggaraan Jabatan. Prasarana-UKM kini membekalkan peralatan dan perkhidmatan untuk majlis bagi keseluruhan Universiti. Atas faktor kekangan peruntukan, perkhidmatan pembekalan peralatan majlis dan tunggu sedia hanya terhad kepada waktu bekerja sahaja kecuali bagi majlis Universiti.

Oleh itu, sekiranya Pusat Tanggungjawab melaksanakan aktiviti selepas waktu pejabat atau hujung minggu dan hari kelepasan am yang memerlukan pembekalan peralatan majlis dan tunggu sedia, kos bayaran kerja lebih masa perlu ditanggung oleh pihak penganjur majlis atau Pusat Tanggungjawab terlibat. Pusat Tanggungjawab terlibat perlu mengeluarkan arahan kerja lebih masa kepada staf Prasarana-UKM yang terlibat bekerja di luar waktu pejabat. Pihak kami akan mengemukakan senarai nama staf Prasarana-UKM terlibat untuk tujuan di atas.

Sukacita pihak Pusat Tanggungjawab(ptj) mengambil perhatian terhadap perkara ini bagi mengelakkan kesulitan dalam pengurusan dan perlaksanaan majlis yang dianjurkan kelak.

Muat Turun Lampiran