PROGRAM NATURE REWANG 2020 @ TASIK CHINI

Pada 18-20 September 2020 yang lepas, seramai 10 orang staf Prasarana-UKM telah mengikuti Program : Nature Rewang” 2020 Bersama Komuniti Setempat dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini anjuran Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Fakulti Sains dan Teknologi. Antara agensi/jabatan/fakulti lain yang turut terlibat ialah RTM Pahang dan Adabi Kuantan Distribution Sdn Bhd. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung antaranya ialah Saringan Kesihatan dan Kempen Derma Darah, Rewang Bersama Chef Selebriti, Pertandingan Sukaneka, Pertandingan masakan oleh pihak Adabi Kuantan Distribution Sdn Bhd dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang program diadakan: