Jabatan Pendidikan Perubatan

Department of Medical Education

PERKHIDMATAN 'PAID TUTOR' DI MAKMAL SIMULASI ASAS

01 Januari 2021

Adalah dimaklumkan Jabatan Pendidikan Perubatan telah menyediakan perkhidmatan “Paid Tutor Program” di Makmal Simulasi Asas. Tujuan perkhidmatan ini dijalankan adalah untuk memberi peluang dan bantuan kepada para pelajar perubatan untuk mempelajari prosedur-prosedur yang disediakan di Makmal Simulasi Asas dengan lebih baik lagi. Pengambilan pengajar “Paid Tutor Program” ini adalah dibuka kepada lepasan graduan Ijazah Doktor Perubatan UKM dengan bilangan yang terhad.
Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, sila hubungi Makmal Simulasi Asas di talian 03-9145 8768/8773.