9 OGOS 2023
Sistem tempahan yang dihasilkan ini adalah untuk memudahkan para pelajar melakukan tempahan bilik untuk menjalankan pembelajaran prosedur ke atas manikin serta membantu para pentadbir mengawal selia tempahan pelajar dengan lebih teratur dan sistematik. Terdapat 36 prosedur yang ditawarkan untuk 13 bilik makmal di Makmal Simulasi Asas dan tempahan akan menjadi tidak teratur sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan akan menyukarkan pentadbir untuk menyemak dan menguruskan tempahan.
Menggunakan sistem ini, para pelajar akan melakukan tempahan di pejabat atau menggunakan link yang telah dipautkan kepada website Jabatan Pendidikan Perubatan (https://www.ukm.my/jppfper/ms/msa/). Pelajar dapat melihat dan menyemak kekosongan slot tempahan berdasarkan bilik dan menyemak status tempahan.
Melalui data-data ini juga, statistik penggunaan makmal oleh pelajar dan pengguna dapat dicerap secara automatik tanpa perlu melakukan statistik secara manual.
Ketua Kumpulan
Ahmad Syafiq Yusof
Ahli Kumpulan
Saiful Bahari
Yusoff
Ahli Kumpulan
Siti Zubaidah
Abdul Karib
Ahli Kumpulan
Rosidah
Ramli
Ahli Kumpulan
Sinar Suriya
Muhammad